Posts

:::Renungan Seketika::: Sebuah teksi berhenti dibelakang kereta isteri saya yg menghantar saya untuk rawatan. Driver teksi keluar mengambil wheel chair kerana orang tua yg dibawanya tak berupaya berjalan. Saya tolong menyorong ke dalam dan duduk disebelahnya. "Saya tengok Tn Hj selalu dihantar oleh teksi,tak ada anak ka? Soal saya memula bicara. "Isteri dah meninggal. Anak dah kerja dan dah kahwin, tinggal berasing. Saya tak mahu suruh anak hantar kerana saya takut mereka berdosa kerana menolak, memberi alasan, atau menghantar dgn macam2 perasaan. Biarlah saya upah teksi." Dia diam sejenak. Saya dah bersedia mendengar luahan hatinya. "Sekarang saya sedar, kita bela anak untuk menyenangkan hidupnya. Jangan mengharap untuk menyenangkan hidup kita." Dia mula mengesat air mata. "Dosa berkata uuh! pun sudah cukup besar pd seorang anak, inikan mula menolak, memberi alasan dan bermuka masam bila diminta sesuatu. Biarlah, saya anggap saya sudah menamatkan tu
Hidup ini adalah perubahan. Kata bijak pandai, yang tidak berubah hanyalah perubahan. Mereka yang berubah dengan rela akan berjaya. Manakala yang berubah dengan terpaksa akan gagal. Bermujahadah ertinya berperang dengan diri sendiri untuk melakukan sesuatu yang sangat dibenci oleh hawa nafsi. Menentang hawa nafsu samalah dengan menentang diri sendiri. Terseksa. Ini menyebabkan satu mujahadah selalu patah. Atau belum pun bermujahadah sudah mengaku kalah. Terlalu sayangkan diri untuk disakiti. Sedangkan mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis. Letih sedikit, tidak boleh. Hendaknya...banyak rehat. Pahit sedikit sudah mengeluh. Pedih sekelumit sudah mengaduh. Demikianlah kehidupan, tidak ada yang percuma. Apatah lagi kehidupan di syurga Sesungguhnya, jalan mujahadah itu adalah jalan kita.